Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) tidak menolak kemungkinan kolam takungan yang dibina berdekatan puncak Gunung Inas menjadi punca kepada kejadian banjir dan kepala air di daerah Baling, Kedah baru-baru ini.<br /><br />Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia antara beberapa punca yang dikesan hasil kajian awal yang dilaksanakan oleh kementerian tersebut.<br /><br />Tambah beliau, keadaan itu diperkukuhkan lagi berikutan berlaku peningkatan kadar air antara 0.2 meter dan 3.0 meter di kampung-kampung terlibat.
